TUGASAN HBMT2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
Semester September 2010

Isnin, 22 November 2010

ISIPADU CECAIR


PENGENALAN

Pengukuran ialah satu proses di mana satu nombor ditugaskan kepada suatu sifat objek atau acara. Satu daripada sifat-sifat yang boleh diukur ialah pengukuran isipadu cecair. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid untuk mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah cadangan bagi topik Isipadu Cecair Darjah 2:
1. Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
2. Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
3. Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
4. Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
5. Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
6. Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
7. Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter ( l )
________________________________________________________________________________

Video 1: Mengenai pemahaman seorang kanak-kanak mengenai ukuran cecair.


Ulasan video:
Video 1 menunjukkan salah faham yang sering dilakukan oleh murid dalam mengukur isipadu cecair. Bagi mereka, isipadu cecair itu banyak jika sesuatu bekas itu kelihatan lebih besar atau tinggi.


Seorang kanak-kanak diberi dua gelas susu yang sama kuatitinya dan disoal adakah susu itu sama banyak atau tidak. Kanak-kanak itu menjawab bahawa susu itu sama banyak. 


Satu daripada susu di dalam gelas telah ditukarkan kepada gelas yang tinggi. Kanak-kanak itu disoal sekali lagi, yang mana gelas mengandungi susu banyak atau sama. Kanak-kanak itu menjawab bahawa susu digelas yang tinggi adalah lebih banyak daripada gelas yang rendah itu.



Video 2: Menunjukkan pengukuran cecair di dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz dalam ukuran mililiter (ml) dan liter ( l )

Ulasan video:
Video 2 pula menerangkan tentang pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan penyukat silinder. Video ini memaparkan ukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai bentuk silinder dalam kapasiti air yang sama untuk menjelaskan kapasiti/isipadu air tetap sama walaupun menggunakan bekas yang berbeza bentuk dan saiz. Video ini juga dapat membantu murid dalam mengenal unit piawai dalam sistem pengukuran isipadu cecair iaitu liter (l).



Video 3: Aktiviti mengukur dan membanding isipadu cecair

Ulasan video:
Video ini amat sesuai dan sangat menarik untuk digunakan oleh para guru untuk memperkenalkan isipadu cecair kepada murid. Dalam video ini menerangkan beberapa cara untuk mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan ukuran unit piawai, menggunakan ukuran bukan unit piawai dan membanding isipadu cecair dalam 2 bekas yang berbeza saiz.





Mengukur isipadu/kapasiti cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu liter (l). 
1 botol = 10 liter air oren


Mengukur isipadu/kapasiti cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.
1 kolam renang = 100 baldi air



Membanding dan mencari bekas yang sesuai untuk 2 liter minyak.
Botol yang kecil lebih sesuai untuk 2 liter minyak daripada botol yang besar.