TUGASAN HBMT2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
Semester September 2010

Membanding dan Menyukat Isipadu Cecair dengan Unit Piawai - Aktiviti Murid Lemah

Kemahiran: Murid dapat menyukat dan membanding ukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.

Hasil Pembelajaran: Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit piawai.

Bahan-bahan:  Silinder penyukat (1 liter), bikar, jag penyukat, teko,  jag, baldi dan pen 'whiteboard'.

Langkah-langkah:

  1. Guru memberi penerangan tentang unit ukuran piawai isipadu cecair dan menunjukkan alat penyukat seperti silinder penyukat, bikar dan jag penyukat
  2. Guru menerangkan bahawa setiap penyukat itu mewakili 1 liter ( ).1 silinder penyukat = 1 liter = 1 l
  3. Guru membuat demontrasi menyukat isipadu air dalam botol air minuman 1 liter
  4. Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerjasama secara koperatif
  5. Lantik seorang murid sebangai perekod di dalam setiap kumpulan
  6. Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan
  7. Minta murid mengisi teko, jag dan baldi tersebut dengan air menggunakan silinder penyukat (1 liter)
  8. Minta murid mengira bilangan silinder penyukat (1 liter) air yang diperlukan untuk mengisi teko yang diberi sehingga penuh
  9. Ulang langkah 8 dengan menggunakan jag dan baldi
  10. Minta murid menulis bilangannya di kad data yang diberi
  11. Guru dan murid berbincang bekas mana mempunyai kapasiti yang paling kecil
     

Lengkapkan kad data di bawah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan