TUGASAN HBMT2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
Semester September 2010

Membanding dan Menyukat Isipadu Cecair dengan Unit Bukan Piawai - Aktiviti Murid Pintar

Kemahiran: Murid dapat menyukat dan membanding ukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.


Hasil Pembelajaran: Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit bukan piawai.

Bahan-bahan:  gelas minuman,  teko,  jag dan baldi.















Langkah-langkah:
1.      Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerjasama secara koperatif
2.      Lantik seorang murid sebangai perekod di dalam setiap kumpulan
3.      Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan
4.      Minta murid mengisi teko, jag dan baldi tersebut dengan air
5.      Minta murid menganggarkan bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam teko tadi
6.      Minta murid mengisikan air ke dalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka tadi
7.      Ulang langkah 5 dan 6 dengan menggunakan jag dan baldi
8.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam kad data yang diberi
9.      Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di dalam kad data yang diberi
10.  Minta murid membincangkan bekas mana mempunyai kapasiti yang paling kecil
11.  Arahkan murid menyusun bekas secara menurun dari kapasiti yang paling besar ke yang paling kecil
12.  Arahkan murid menyusun bekas secara menaik dari kapasiti yang paling kecil ke yang paling besar


Lengkapkan kad data di bawah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan