TUGASAN HBMT2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
Semester September 2010

Menyukat Isipadu Cecair dengan Unit Piawai - Aktiviti Murid Pintar

Kemahiran: Murid dapat menyukat dan membanding ukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.

Hasil Pembelajaran: Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit piawai.

Bahan-bahan:  Silinder penyukat (1 liter), bikar, jag penyukat, teko,  jag, baldi dan pen 'whiteboard'.


Langkah-langkah:
         1.         Guru memberi penerangan tentang unit ukuran piawai isipadu cecair dan menunjukkan alat penyukat seperti silinder penyukat, bikar dan jag penyukat.
         2.         Guru menerangkan bahawa setiap penyukat itu mewakili 1 liter ( ).
1 silinder penyukat = 1 liter = 1 l
         3.         Guru membuat demontrasi menyukat isipadu air dalam botol air minuman 1 liter.
         4.         Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerjasama secara koperatif
         5.         Lantik seorang murid sebangai perekod di dalam setiap kumpulan
         6.         Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan
         7.         Minta murid mengisi teko, jag dan baldi tersebut dengan air
         8.         Minta murid menganggarkan bilangan silinder penyukat (1 liter) yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam teko tadi
         9.         Minta murid mengisikan air ke dalam silinder penyukat (1 liter) untuk memeriksa anggaran mereka tadi
       10.       Ulang langkah 8 dan 9 dengan menggunakan jag dan baldi
       11.       Minta murid merekodkan penemuan mereka di kad data yang diberi
       12.       Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di dalam kad data yang diberi
       13.       Minta murid membincangkan bekas mana mempunyai kapasiti yang paling kecil
       14.       Arahkan murid menyusun bekas secara menurun dari kapasiti yang paling besar ke yang paling kecil
       15.       Arahkan murid menyusun bekas secara menaik dari kapasiti yang paling kecil ke yang paling besar


Lengkapkan kad data di bawah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan