TUGASAN HBMT2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
Semester September 2010

Membanding Ukuran Isipadu Cecair - Aktiviti Murid Lemah

Kemahiran: Murid dapat mengukur dan membandingkan ukuran isipadu cecair iaitu kosong, separuh penuh dan penuh.

Hasil Pembelajaran:  Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti isipadu cecair.

Bahan-bahan: Set Kad Permainan yang dibuat sendiri, 3 botol air minuman, kad gambar

Langkah-langkah:

1.      Guru menunjukkan 3 botol air minuman yang diisi setiap satu separuh penuh air, penuh dan satu lagi tidak diisikan dengan air.

Botol A – kosong
Botol B – separuh penuh
Botol C – penuh

2.      Guru bersoal jawab dengan murid.
Botol manakah yang mempunyai banyak air?
Botol manakah yang mempunyai sedikit air?
Botol manakah yang tidak mempunyai air?
3.      Guru menjelaskan bahawa botol A yang tidak ada air disebut kosong.
Botol B yang ada air sedikit dari botol C adalah separuh penuh manakala botol C yang ada air banyak disenut penuh.
4.      Guru menekankan istilah kosong, separuh penuh dan penuh dengan menunjukkan kad gambar botol kosong, separuh penuh dan penuh.


5.      Guru mengadakan permainan kad untuk mengukuhkan kefahaman murid.

6.      Minta murid bekerja secara pasangan.
7.      Buat pendua bagi Kad Mainan tersebut dan potong kad-kad tersebut.
8.      Beri satu set kad mainan tersebut kepada setiap pasangan.
9.      Kocokkan kad dan bahagikan kad tersebut sama rata kepada murid.
10.  Dengan kiraan tiga, murid membuka sekeping kad dan mempamerkannya ke atas meja
11.  Dengan melihat kad-kad yang telah dibuka, murid menganggar kapasiti cecair pada kad. Murid dengan kapasiti cecair yang lebih besar boleh menyimpan kad pasangannya itu.
12.  Sekiranya kad-kad menunjukan kapasiti cecair yang sama (contoh: penuh ópenuh), kedua-dua murid tidak mendapat kad itu.
13.  Setelah kesemua kad dibuka, murid mengira jumlah kad yang diperolehi. Murid yang mengumpul kad paling banyak adalah pemenang.
14.  Guru memberi lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan